Rabu, 29 Ogos 2012

Tips untuk mudah hamil

Untuk kawan2 yang masih belum berjaya hamil di sini Lana nak bagi sedikit tips .. Pengalaman + review orang2 yg dekat dgn Lana :) harap dapat membantu 

Tips:
  • Makanan. Banyakkan makan taugeh, bayam, karot. Sekurang-kurangnya 1 hidangan sehari.Bagi yg merancang mengandung awal. Ambil folic acid sebelum kahwin (3bulan). Pada yg dah terlambat tu mula lah ambil. Antara supplement yg sesuai untuk membantu proses ini adalah Omega 3, Evening Primrose Oil.

  • Jamu. Lana suka dengan jamu berbanding supplement di atas. Lana makan JRD (Jamu Ratu Dara). Lana juga pernah cuba Jus Perawan keluaran D'Herbs. Alhamdulillah lekat dengan izin Allah. 
JRD (Jamu Ratu Dara)

Jus Perawan D'Herbs

  • Posisi. Ramai yang tak tahu tips ini amatlah membantu untuk hamil. Ketika bersama, lapiklah bantal setinggi yang boleh dipawah punggung, manakala suami di atas. Setelah pancut, tunggu sehingga +++ tidak lagi tegang dan keluarkan perlahan2 (5-7min) :) malu nak cerita..tapi ini untuk tujuan tips yer..18sx sket. Setelah keluarkan.. Isteri kekal kedudukan yg sama 30minit (jangan bangun yer :) ) ok setelah itu turunkan bantal and baring seperti biasa (kalau dah time tidur, tidur je terus).

  • Ubat untuk suami. Ini untuk banyakkan air mani dan menjaga kualiti sperma. Speman dr Himalaya:
                                                                 Speman- Himalaya
  • Jaga Makan. Kalau boleh jangan makan fast food, pastikan BMI normal. Banyak kan makan makanan berkhasiat, minum susu, makan kurma, kismis, prune, kekacang.

  • Elak tekanan. Lana faham sangat bagi yg terlalu mengharap untuk hamil, kita akan stress. Samalah dgn Lana dulu time mula2 nak hamil. Asyik beli upt je kejenye :P. bila period lewat, kepala asik berharap lekat je, tapi bila period datang, tertekan, kecewa. Last2 Lana malas nak fikir sangat. So bila tak fikir kurang tekanan. So, tips di sini, sabar dan relax.

  • Doa. Banyakkan berdoa dan solat sunat. 


Lana doakan untuk semua semoga dimurahkan rezeki untuk hamil..Insyaallah. Peluk Cium dari Lana :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan